* Price may vary from time to time.
* GO = We're not able to fetch the price (please check manually visiting the website).
Kisah Kasih is written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. It's available with International Standard Book Number or ISBN identification 9831240294 (ISBN 10) and 9789831240298 (ISBN 13).
SEJAK aku kecil, mama suka membacakan kisah-kisah dongeng klasik Inggeris kepadaku. ‘Cinderella’, ‘Sleeping Beauty’, ‘Snow White’ dan ‘Beauty & The Beast’ antara cerita-cerita yang paling aku gemari. Bagaimana seorang puteri diselamatkan oleh seorang putera yang kacak. Putera-putera yang digambarkan berwajah tampan, berbadan sasa dan gagah berani. Puteri-puterinya pula bersuara merdu, berwajah jelita dan berbudi pekerti. Putera dan puteri ini bertemu dan kemudian bercinta. Akhirnya, mereka berkahwin dan hidup bahagia. Waktu berlalu pergi. Aku melangkah ke alam dewasa. Tetapi ada sesuatu yang tidak boleh aku tinggalkan. Aku tetap terpengaruh dengan kisah-kisah dongeng ini. Kononnya, di luar sana ada seorang putera idaman yang akan menambat hatiku suatu hari nanti. Aku percaya ada seorang putera yang akan tertawan kepadaku lalu membawaku ke mahligai kebahagiaan. Sungguhpun aku tidak mempunyai paras yang jelita seperti puteri-puteri itu, tetapi aku memiliki sesuatu iaitu cinta yang suci.